Pages

Pregnancy Story

Assalamualaikum

Untuk permulaan, sebenarnya takdak terfikir pun nak mengisi ruangan blog yg dah ditinggalkan bertahun2 ni, tapi disebabkan ada kawan2 dan sedara2 yg dok bertanya pengalaman mengandung dan bersalin, fikir2 baik nya dikongsi lah kan. Letih jugak nak cerita sorang demi sorang. Mudah2an sedikit sebanyak dapat lah membantu mereka2 yg berkenaan. Insha Allah. Same as me, hari2 sebelum bersalin, selain dok tanya2 orang, berpuluh blog jugak aku baca, dari awal mengandung sampai lah bersalin. Alhamdulillah, secara serius tak tipu memang banyak membantu.

Tapi sebelum tu, aku nak ingatkan ini hanya sekadar perkongsian ikhlas, Mana tahu selepas baca pengalaman aku, terasa ringan dan kurang debaran bakal2 ibu diluar sana. Insha Allah. Dan kena sentiasa ingat, bab2 rezeki ni itu semua kerja Allah. Masing2 kita dah ada bahagian dari Dia. Kita hanya mampu usaha dan tawakkal. Bila kita redha dan ikhlas, Insha Allah Dia permudahkan :)

Okay, ni cerita dari sepanjang pengalaman aku mengandung sampai lah dah bersalin. Mungkin agak panjang. Kalau tak cukup bahagian I kita sambung bahagian II. hee.

Pengalaman Mengandung.

Positif +
Alhamdulillah sepanjang tempoh megandung semuanya berjalan lancar. Dapat tahu pregnant masa tu kandungan masuk 6 minggu. Sebelum tu rasa cepat lapar je dan period pun lewat seminggu. Bila buat upt alhamdulillah positif. Akhirnya .. penantian selama 8 bulan selepas kahwin. Dapat tahu je pregnant terus sujud syukur. Excited, diberi peluang memegang amanah terbesar dari Tuhan. Kita merancang kan tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita. Syukur.

Alahan
Ingatkan takdak alahan, tapi masuk je minggu ke 7, tiba2 demam,batuk, flu dan mabuk teruk. bila pergi klinik doktor kata semua tu normal. perubahan hormon di awal kehamilan. seminggu lebih jugak kot demam nye, menangis2 tahan sakit semua. Tak larat nak menahan. lagi2 bab muntah, sampai muntah kuning (acid) kuar, so pahit! wuuuuuu T_T hanya mampu bersabar, positif je ingat sakit tu penghapus dosa. Tapi setakat tu tu jela, alahan lain yg pelik2 alhamdulillah takdak kena. Muntah pun sebab acid. perut kosong. Disebabkan mabuk teruk tu, berat aku turun lebih kurang 5kg mcm tu. Pastu, aku tak boleh nak telan nasi. Aku cuba, dah makan tapi akan keluar balik lepas tu. sobs .. disebabkan tak boleh telan nasi, aku ganti kan dgn salad atau kueh teow sup. Nyaman ~ hihi. And then alhamdulillah masuk minggu ke 12 je mabuk2 semua tu stop. Bab masak, takdak alahan teruk apa semua. Sihat je dari demam alahan, alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sepanjang2 waktu mengandung tu. Masa2 mengandung ni lah semua amalan kerja yg kita buat Insha Allah dapat ganjaran belipat kali ganda. Niat ikhlas kerana Allah.

Mengidam
Habis je alahan, selera aku menjadi2, makan nasi kalau boleh sekali makan menambah 2 kali. memang membalas dendam. Total berat aku naik 13kg sepanjang tempoh mengandung 9 bulan. Bab2 mengidam pulak, takdak lah aku mengidam sangat pun. Ape2 yg aku selera nak makan aku masak sendiri. Kalau makanan yg aku tak dapat nak masak, contoh macam western food ke, Sushi ke suami pergi bawak or belikan. Tapi itupun aku kawal2 keinginan sendiri sebab aku tanak susahkan suami dan aku tanak membazir! Yelah kekadang tu bukan nak makan pun just nak merasa je. Pernah sekali tu masa awal2 pregnant, cakap kat suami nak makan sushi konon nye teringin nak hirup miso sup. then suami pergi bawak makan, bila dah makan sikit tiba2 muak. tak sampai separuh. Suami tanya "Eh, dah?". Ya Allah rasa bersalah je. Aku paksa2 je telan, nampak macam dah tinggal sikit aku stop. then buat muka kesian. hihi. Membazir je. Lepas tu pesan kat diri sendiri, kena belajar tahan ni, ni semua godaan syaiton nirojim. huhu.

Makanan Tambahan
Mula2 tahu pregnant suami belikan susu anmum perisa vanila mango. mula2 minum okay lah sedap tapi manis. hari makin hari rasa muak pulak sampai tak boleh nak minum dah. kembang tekak je bila bau. So cakap kat suami nak try susu kambing hi-goat plak. Bila dah consume susu tu, baru rasa okay. Susu tu takdak bau, tak manis. dah tu sampai skg aku masih minum lagi. Sehari 3 4 kali jugak aku minum. minuman sunnah kan. kita amalkan Insha Allah ada berkatnya. Selain tu, aku byk makan buah. Buah Oren, anggur, pisang, jambu, mangga, tembikai, kurma mcm2 lah. Salad, tomato, lobak pun makan gak .. kiranya sepanjang mengandung aku byk makan makanan organik. Untuk supplement pil plak, aku takdak consume apa2 just ubat yg klinik bagi je which is Iberet folic. Lagipun suami dah pesan siap2, takyah lah ambik apa2 supplement takut nnt baby besar sangat. Biar membesar selepas lahir katanya.

Monthly, weekly checkup
Alhamdulillah everything goes very very well. Dari trimester pertama sampai masuk trimester ketiga alhamdulillah takdak adegan drama bagai. paling koman pun kena minum air gula 2 kali sebab family history ada kencing manis. dan alhamdulillah keputusannya dua2 cantik. hee. Tapi masuk minggu ke 36 doktor syak air ketuban kurang, bacaan 7 mol. kalau normal 8 mol ke atas. Aku sempat tanya doktor tu apa risiko air ketuban kurang? dia kata baby boleh lemas. Gulp! Istighfar bebanyak. After refer Hospital Serdang, doktor sana kata bacaan normal je ade 10 mol, tapi kena repeat scan lagi after 2weeks. After 2weeks pergi check keputusan still sama, bacaan air ketuban masih 10 mol. Tapi rasa2 macam tak sedap hati, sebab terfikir2 mcm mana doktor kat klinik boleh dapat bacaan 7 mol je? hmm ..

Specialist
Kandungan dah masuk 39 weeks. Mak (MIL) call, and then aku cerita lah pasal air ketuban tu. Mak tanya rujuk Hospital mana? aku bagitahu rujuk kat Hospital Serdang, sebab mmg plan nak bersalin kat situ. Mak suggest pergi check lagi sekali dekat Hospital Pakar An-Nur kat Bangi. And kalau boleh terus book je untuk bersalin kat situ, sebabnya kat situ doktor2 pakar, dorang buat kerja lagi detail and paling penting doktor nye semua perempuan. Bila kita mampu, kita usaha yg terbaik untuk menjalankan perintah Allah, sebagai wanita aurat kena jaga. Tu pesan mak mertua aku. Bila tanya pendapat kakak aku, dia pesan lagi. Itulah namanya rezeki, bersyukurlah Allah menjaga martabat mu katanya. Allah, terharu rasa .. sobss .. then decide dgn suami pergi register kat Specialist An-Nur.

Consultation
So pagi2 jumaat (27. June. 2014) selepas subuh suami ajak terus pergi Specialist An-nur. Awal sampai pun dapat no.7. pendekkan cerita, sampai no giliran aku. aku ajak suami masuk sekali. Sebelum ni memang pernah check up sekali kat sini dengan Dr. Khamsiah masa kandungan 26 minggu. Masa tu jugak dapat tahu gender baby. hihi. Tapi kali ni Dr. Khamsiah takdak, so ganti dgn doktor lain. tak ingat dah nama dia tapi cantik! (sempat lagi). Dia belek2 buku klinik aku, baca rekod yg tertulis kat situ, then dia bawak aku pergi scan. Scan punye scan dia bagitahu lah air ketuban aku dah kurang sangat dah, ada 5 mol je. So keputusan sebelum ni dia agak maybe doktor salah kira. Kalau tengok dengan mata kasar pun setiap kali baby bergerak aku boleh rasa tulang dia. Doktor cantik tu pun cakap macam tu. Dia nasihatkan aku untuk bersalin awal, takut baby lemas atau kena infection. Dia check uri pun dah matang. So bila2 masa boleh proceed untuk bersalin. Aku tanya macam mana prosuder nye, sebab aku sebarang tanda nak bersalin pun takdak lagi. doktor tu terangkan lah, kalau belum ada tanda apa2 terpaksa buat labor induction. Seandainya ketiga2 kali labor induction gagal terpaksa buat c-section. Allah .. aku pandang suami, tanya dia macam mana. Then suami jawab proceed, sebab apa2 pun keselamatan baby diutamakan. After that doktor isi borang admit untuk keesokkan harinya dan bawak aku pergi buat CTG. Lepas dah buat CTG selama 20 minit, tengok bacaan okay, doktor benarkan balik untuk prepare apa2 yg patut sebab esoknya dah kena admit.



Bersambung ...














Invocation

In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
All praise is due to Allah, Lord of the worlds -
The Entirely Merciful, the Esprecially Merciful,
Sovereign of the Day of Recompense.
It is You we worship and You we ask for help.
Guide us to the straight path -
The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger those who are astray.
Ameen.

The least that I could do. I love you, dad. May Allah be with you.